Murabbi memperkenalkan diri ; ta'aruf.
At-ta'aruf : InsyaAllah dengan berta'aruf akan membuatkan kita menjadi rapat. Ia bukan kerana rapatnya batang tubuh (jasad) kita tetapi lebih kepada dekatnya ruh kita dengan ruh sahabat-sahabat (ahli usrah) yang lain.
ps: 'Arwah' adalah perkataan yang biasa digunakan oleh masyarakat Melayu bagi mengambarkan seseorang yang dinyatakan itu telah meninggal dunia,tetapi sebenarnya penggunaan kurang tepat kerana 'Arwah' adalah jama'(plural-untuk ramai) bagi perkataan 'ruh' (Singular-untuk seorang)
Contoh ayat yang lebih tepat: Ruh si polan telah lama meninggalkan kita.. (cuma mungkin pelik untuk digunakan sebab kita tak biasa. :)

Ruh + Jasad + Nafsu (yang ini yang terjadi macam-macam perkara)
Liqa diteruskan dengan perbincangan mengenai Surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah..
Apa ya kawan2? Betul. Al-'Alaq dengan ayat pertamanya ialah 'Iqra' yang maksudnya ialah Bacalah!

Selalu kita tafsirkan dengan suruhan membaca, cuma sedarkah kita ayat pertama itu adalah berupa ayat perintah. Ya. Islam bermula dengan perintah.
Iblis laknatullah tergolong dalam golongan kufur (kafir) dengan sikapnya yang 'aba was takbara' (tidak mahu menurut perintah dan sombong takbur)
Maka Iblis mengingkari perintah Allah untuk sujud kepada Adam (untuk Allah uji Iblis adakah dia tergolong dalam golongan yang ta'at atau tidak) maka rugi dan celakalah Iblis kerana ingkar terhadap perintah Allah kerana menyangkakan dialah yang hebat.
Padahal, Iblis adalah hamba Allah.. (asyik cerita tentang Iblis) ingat dan sematlah dalam hati & perbuatan. Kita ini sememangnya hamba Allah..

---------------------------------------------------------
Taqwa : adalah jalan yang dapat selamatkan diri kita dari api nereka .Ia satu-satunya jalan yang ada untuk kita.
Kita pasti akan mati (meninggalkan dunia) ; kita pasti bawa amalan kita sendiri.
Di akhirat, kita tidak akan menjadi saksi kepada diri kita sendiri, anggota badan kita yang sentiasa bersama-sama dengan kita yang akan menjadi saksi bagi kita. Samada kita suka atau tidak suka kita akan mati dan dinilai (yau middin - hari pembalasan yang berdasarkan nilaian agama Allah.)

----------------------------------------------------------
Muhasabah kembali mengenai usia.
Contohilah Rasulullah..
Rasulullah dilantik menjadi Nabi ketika berumur 40 tahun , (yang jika di Malaysia keadaannya adalah rata-ratanya sibuk dengan urusan dunia dengan alasan 'tua nanti saya akan bertaubat')
Baik, tapi hebatnya Rasulullah umur 50 tahun dan ke atas baginda bukanlah masa untuk bertaubat tapi untuk BERJIHAD di medan perang.Perang Badar. Umur Rasulullah s.a.w. ketika itu adalah 55 tahun. Inilah perang pertama yang dilalui Rasulullah saw, pada umur pencen dan berehat-rehat bermain cucu pada skala kita.

No comments:
Post a Comment